Monday, March 8, 2010

Solat Istikharah

Seseorang yang menghadapi sesuatu soal yang bersifat mudah, sedang ia sendiri masih ragu-ragu mana sebaiknya dilakukan, maka di sunatkan mengerjakan solat yang bukan termasuk wajib.

- Waktu yang terbaik ialah pada 2/3 malam (iaitu sekitar pukul 2 pagi). Bagaimana pun boleh dilakukan pada bila-bila masa dalam waktu yang di haruskan sembahyang contohnya selepas maghrib.
- Niatnya “Sahaja aku sembahyang sunat istikharah dua rakaat kerana Allah ta’ala”
- Dalam rakaat pertama selepas Surah Al-Fatihah baca Surah Al-Kafirun atau apa-apa sahaja surah lain yang terbaik kita boleh baca.
- Dalam rakaat kedua selepas Surah Al-Fatihah baca Surah Al-Ikhlas atau apa-apa sahaja surah lain yang terbaik kita boleh baca.

Niat Solat Istikharah

Sengaja aku mengerjakan sembahyang istikharah dua rakaat kerana Allah Ta’ala

- Selepas memberi salam baca doa berikut (mulakan dengan basmalah dan selawat dahulu).

Doa Solat Istikharah

“Ya Allah, saya memohonkan pilihan menurut pengetahuanMu dan memohonkan penetapan dengan kesuasaanMu juga saya memohonkan kurniaMu yang besar, sebab sesungguhnya Engkaulah yang Maha Mengetahui dan saya tidak mengetahui apa-apa. Engkau Maha Mengetahui segala yang ghaib. Ya Allah, jikalau di dalam ilmuMu bahawa urusan saya ini……..baik untukku dalam agamaku, kehidupanku serta akibat urusanku, maka takdirkanlah untukku dan mudahkanlah serta berikanlah berkah kepadaku di dalamnya. Sebaliknya jikala di dalam ilmumu bahawa urusan ini buruk untukku, dalam agamaku, kehidupan serta akibat urusanku, maka jauhkanlah hal itu daripadaku dan jauhkanlah aku daripadanya serta takdirkanlah untukku yang baik-baik saja dimana saja adanya, kemudian puaskanlah hatiku dengan takdirMu itu.”

Yang di bawah boleh anda baca jika mempunyai waktu kelapangan atau ingin mengetahui lebih lanjut mengenai fadhilat Solat Istikharah ini.


Bila di sebut sahaja Solat Istikharah kebanyakan di kalangan kita hanya terkenangkan ketika hendak memilih jodoh. Ia begitu sinonim sekali dalam membuat keputusan untuk memilih bakal teman hidup tidak kira bagi lelaki atau perempuan. Perkara ini mungkin berlaku kerana penekanan di kalangan sesetengah Ustaz dalam soal istikharah ini dikaitkan dengan memilih jodoh sahaja.

Sebenarnya amalan Solat Sunat Istikharah ini skopnya lebih luas. Kita kadang-kadang tidak diberikan peringatan dalam soal ini. Sedangkan amalan Solat Istikharah ini sangat-sangat di galakkan oleh Rasulullah sebagaimana disebut dalam hadis yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari;

Mahfum Hadis: Dari Jabir ra., ia berkata: “Nabi pernah mengajarkan kepada kami Istikharah dalam berbagai urusan, seperti mengajarkan sebuah surah dalam Al Quran. Kalau seseorang dari kamu menghendaki sesuatu, maka hendaklah ia solat dua rakaat, kemudian berdoa:

Ya Allah! Aku mohon pemilihan Mu menerusi pengetahuan Mu dan aku mohon kekuatan Mu menerusi kudrat Mu serta aku minta pada Mu sebahagian dari limpah kurnia Mu yang sangat besar. Sesungguhnya Engkau amat berkuasa sedangkan aku tidak berkuasa, Engkau amat mengetahui sedangkan aku tidak mengetahui dan sesungguhnya Engkau amat mengetahui segala yang ghaib. Ya Allah kiranya Engkau mengetahui bahawa perkara ini adalah baik bagiku dalam urusan agama ku juga dalam urusan penghidupan ku serta natijah pada urusan ku, kini dan akan datang, maka tetapkan lah ia bagi ku dan permudahkanlah ia untukku, serta berkatilah daku padanya. Dan kiranya Engkau mengetahui bahawa perkara ini membawa kejahatan kepadaku dalam urusan agamaku, juga dalam urusan penghidupanku dan natijah urusanku, kini dan akan datang, maka elakkanlah ia dariku dan tetapkanlah kebaikan untukku sebagaimana sepatutnya, kemudian jadikanlah daku meredhainya.

Betapa pentingnya Solat Istikharah ini sebagaimana pentingnya kita mempelajari al-Quran.

Sebagai satu iktibar dan renungan penulis ingin berkongsi beberapa contoh kisah benar yang berlaku di kalangan sahabat-sahabat yang terlupa mengamalkan solat istikharah. Nama dalam kisah ini bukan nama sebenar.

Kisah-1
Setelah berpindah randah dari satu rumah sewa ke rumah sewa, akhirnya tergerak hati Salim untuk memiliki rumah sendiri. Lalu dia melihat iklan di surat khabar dan berkenan dengan tawaran rumah yang agak munasabah harganya. Rumah tersebut masih belum dibina lagi tetapi pihak pemaju telah menawarkan pakej jualan yang istimewa. Pihak pemaju perumahan memberi jaminan rumah tersebut akan siap dalam masa dua tahun. Salim berminat dengan rumah tersebut lalu terus membelinya. Kini lima tahun telah berlalu, projek perumahan itu telah terbengkalai kerana pemaju telah bankrupt. Salim terpaksa membayar ansuran bulanan hutang kepada bank walaupun rumah yang diidamkan masih tidak wujud.

Kisah-2
Abu dan Salmah telah berkahwin selama 4 tahun. Mereka dikurniakan dengan dua orang cahaya mata. Anak yang sulung telah berumur 3 tahun dan yang kedua masih 8 bulan. Mereka berasa agak susah hendak ke sana kemari kerana hanya memiliki motosikal. Satu hari Salmah mencadangkan kepada Abu untuk membeli kereta. Abu lalu terus pergi ke Perodua Show room untuk melihat-lihat kereta. Dia berkenan dengan model Kelisa lalu terus membelinya. Selang sebulan keretanya kena curi. Dah enam bulan berlalu keretanya masih tidak ditemui, tetapi dia masih membayar ansuran bulanan dengan pihak bank kerana pampasan yang pihak insurans bagi tidak mencukupi untuk melangsaikan bayaran baki hutang dengan pihak bank.

Kisah-3
Munirah akhirnya terpikat dengan pujukan rakan satu ofisnya Hafsah untuk melabur dalam satu skim pelaburan di internet. Dia akhirnya mengeluarkan sehingga RM10,000 untuk pelaburan tersebut. Dua tahun telah berlalu duit pelaburannya lesap tak nampak bayang.

Kisah-4
Rashid dan Zakiah telah mempunyai tiga orang anak. Mereka bercadang untuk mengambil pembantu rumah Indonesia. Mereka pergi ke agensi pembantu rumah dan terus memilih seorang pembantu rumah yang terdapat dalam senarai biodata. Selang dua bulan pembantu rumah pun sampai dan berkhidmat kepada mereka seperti yang dijangkakan. Tiga bulan berlalu tiba-tiba pada satu hari didapati pembantunya telah lari dari rumah.

Kisah yang dipaparkan di atas adalah kisah benar di mana penulis sendiri bertanya kepada mereka adakah mereka telah melakukan Solat Istikharah sebelum memilih atau membuat keputusan. Mereka kata langsung tak terfikir hendak melakukannya.

Kisah -5
Iskandar berumur 40 tahun telah berkahwin dan mempunyai enam orang anak. Suatu hari dia mendapat telefon dari kawan baiknya Jaafar. Jaafar hendak memberikan satu hadiah istimewa kerana jasa Iskandar yang telah menyelesaikan masalah keluarganya. Jaafar hendak menawarkan kepadanya perbelanjaan pakej menunaikan haji untuk suami isteri ditanggung sepenuhnya iaitu RM15,000 setiap orang. Hati Iskandar gembira bukan kepalang kerana sudah lama dia mengidam untuk menunaikan haji. Lagipun duit simpanan dalam tabung hajinya baru RM3000. Iskandar tidak terus menerima hadiah tersebut sebaliknya dia memberi tempoh tiga hari untuk membuat keputusan. Iskandar melakukan Solat Istikharah tiga malam berturut-turut. Pada hari keempat dia berjumpa Jaafar mengatakan dia sangat berat untuk menerima hadiah tersebut. Dia mengatakan ingin pergi menunaikan haji dengan duit pendapatan sendiri. Jaafar agak kecewa, dipujuknya namun Iskandar tidak terima juga. Selang dua bulan selepas itu baru Iskandar mendapat tahu duit yang hendak diberikan kepadanya itu adalah dari duit riba iaitu interest bank konvensional akaun simpanan tetap Jaafar. Jaafar telah tersalah sangka. Disangkanya bahawa duit riba boleh dihadiahkan kepada orang lain tetapi tidak boleh digunakan sendiri.

Kisah-6
Cikgu Imran telah mendapat arahan pertukaran sekolah dari Sabak Bernam ke Sandakan. Bila menerima surat tersebut hatinya agak gembira kerana ingin memberi khidmat di kawasan pedalaman. Baginya tidak ada masalah sebab masih bujang, dan teringin sangat hendak ke Sabah. Dia solat Istikharah walaupun keputusan telah ditetapkan oleh kementerian kepadanya. Dia berdoa “Ya Allah kalau pemergian aku ke Sandakan ini baik untukku dan agamaku maka permudahkanlah jika tidak kau gantikanlah dengan yang lebih baik dan sempurna”. Selang dua minggu Pengetua disekolahnya memberitahu kepadanya pertukaran dia ke Sabah di tarik balik disebabkan masalah teknikal. Dia rasa agak pelik namun tidak kecewa malah tetap gembira kerana telah melakukan solat istikharah. Dia yakin ini yang terbaik di pilih oleh Allah untuknya. Selang sebulan dia bertemu Jodoh dengan Ustazah (al-Hafizah) yang baru berpindah di taman tempat dia tinggal.

Semua kisah yang dipaparkan di atas adalah kisah benar yang boleh kita ambil iktibar dan pengajaran. Yang pastinya kita tidak akan rugi di dunia dan akhirat bila beramal dengan Solat Istikharah ini.

Dewasa ini ramai di kalangan kita hendak membeli rumah yang berharga lebih RM200,000. Bayaran balik mungkin mengambil masa selama 20 hingga 25 tahun. Dalam tempoh tersebut macam-macam perkara boleh terjadi. Jika sekiranya kita melakukan Solat Istikharah sebelum membeli rumah tersebut, pasti Allah akan mendorongkan kita membuat pilihan yang tepat dan memudahkan segala urusan. Penulis ada bertemu dengan beberapa sahabat yang melakukan Solat Istikharah sebelum membeli rumah, Alhamdulillah segala urusan menjadi mudah dan dapat membayar balik hutang rumah lebih awal daripada yang dijangkakan.

Seperkara lagi, supaya Allah SWT memakbulkan doa kita, jauhilah segala bentuk pinjaman yang ada unsur-unsur riba’ seperti dari sistem konvensional. Pilihlah sistem perbankan Islam semoga Allah memberikan keberkatan dan menurunkan rahmatnya sepanjang tempoh pinjaman di buat. Yakin dan percayalah jika kita mengikut suruhan Allah, pasti Allah akan membantu kita di ketika senang dan susah. Jika Allah bantu kita tiada sesiapa yang boleh menghalangnya.

Wednesday, February 24, 2010

program bersama SMT taiping..

selesai sudah satu tugasan y diberikan...
program y sangat menyeronokkan...
pelbagai pengalaman diperoleh..
semuanya indah belaka walaupun penat...
alhamdulillah...
semuanya berjalan lancar...
kerjasama y baik diberikan oleh semua pihak y terlibat...
terima kasih diucapkan....



gmbr di sebelah yer....

Tuesday, February 23, 2010

Satu Cinta......Hanya Untuk Nya



ku memohon
dalam sujudku pada-Mu
Ampunkanlah
segala dosa dalam diri
ku percaya
Engkau bisa meneguhkan
Pendirianku... Keimananku

ku memohon
dalam sujudku pada-Mu
Ampunkanlah
segala dosa dalam diri
ku percaya
Engkau bisa meneguhkan
Pendirianku... Keimananku

Engkau
Satu cinta
yang selamanya aku cari
Tiada waktuku tinggalkan
demi cintaku kepada-Mu

Walau seribu rintangan
kan menghadang dalam diri
ku teguhkan hati ini
hanya pada-Mu
ku pasrahkan

Engkau
Satu cinta
yang selamanya aku cari
Tiada waktuku tinggalkan
demi cintaku kepada-Mu

Walau seribu rintangan
kan menghadang dalam diri
ku teguhkan hati ini
hanya pada-Mu
ku pasrahkan

Oh tuhan
Selamatkanlah hamba ini
dari segala fatamorgana dunia

Oh tuhan
Jauhkanlah hamba ini
dari hidup yang sia-sia

Kau
Satu cinta
yang selamanya aku cari
Tiada waktuku tinggalkan
demi cintaku kepada-Mu

Walau seribu rintangan
kan menghadang dalam diri
ku teguhkan hati ini
hanya pada-Mu

Engkau
Satu cinta
yang selamanya aku cari
Tiada waktuku tinggalkan
demi cintaku kepada-Mu

Walau seribu rintangan
kan menghadang dalam diri
ku teguhkan hati ini
hanya pada-Mu

Kau
Satu cinta
yang selamanya aku cari
Tiada waktuku tinggalkan
demi cintaku kepada-Mu

Walau seribu rintangan
kan menghadang dalam diri
ku teguhkan hati ini
hanya pada-Mu

hanya pada-Mu

Monday, February 22, 2010

Alangkah Bahagianya.....


Dulu
aku pernah mengecapi kebahagiaan, bersama-samanya aku leka, menghabiskan masa yang sepatutnya terisi dengan kegiatan yang lebih berfaedah. Walaupun di batasi benua, kami masih dapat mengekalkannya. Sehinggalah, pada suatu hari, di saat hati kami tidak lagi bersatu, bersangka baik dan tolenrasi tidak lagi menjadi pegangan. hati sakit. jiwa pedih.

Dan pada saat kekecewaan itu,
Kau hadir dalam hidup ku. mengetuk pintu hatiku. membawa seribu pengertian. tidak tergambar riangnya hati ini.
Baru ku sedar, sudah lama Kau menabur benih kasih sayang terhadap ku. Cuma aku yang dalam ketidak sedaran. Sepanjang perhubungan ini, belum pernah Kau sakitkan hati aku, belum pernah Kau kecewakan aku. Berita-berita gembira yang Kau bawakan sentiasa menceriakan hidupku. Surat-surat cinta Kau layangkan menjadi peneman aku sehari-hari. Tidak pula ku jemu membacanya malah aku sentiasa dalam kerinduan untuk bertemuMu. Dan tidak pula Kau jemu menjagaku, di kala aku kesedihan, Kau kujadikan tempat meluahkan segala pengaduanku.


Di kala aku gembira,
ku tahu Kau bersama aku pada ketika itu. Kita berkongsi kegembiraan bersama. Kau hadiahkan aku teman-teman sejati, teman-teman yang ikhlas dalam perjuangan mereka.
Aku hargai pemberian itu, agar aku turut sama berada di landasan mereka. Walaupun masih lagi batasi, namun Kau rapatkan jurang itu, sehingga terasa Kau disampingku. NamaMu menjadi siulanku seharian. Ku tahu Kau sering menguji kasih sayangku, Kau uji kesetiaan ku. Sehinggakan dalam tak sedar aku pula menyakiti hati Kau. Maafkan aku wahai kekasih hati. Tidak mampu ku tandingi kehebatan cinta Kau. Sungguh. Inilah manis kebahagian yang aku nantikan. Aku pasti Kau tidak akan pernah meninggalkan aku. Hanya Kau dan aku.


Kekasihku Allah...


Tuesday, January 26, 2010

Personaliti anda mengikut warna

Tahukah anda bahawa warna juga dapat melambangkan personaliti seseorang??
Melalui warna, kita akan dapat mengenali diri kita dengan lebih mendalam dan tepat...
Untuk mengetahui warna apakah yang kita miliki, anda bolehlah menjawab inventori personaliti warna yang telah disediakan di link blog ini di sebelah........

PERSONALITI EMAS

Ciri-Ciri Umum:

Bersikap keibubapaan, mengikut adat resam, bertanggungjawab, pratikal, waras fikiran, boleh dipercayai, setia, tradisional, konservatif, hidup bersistem dan berperaturan dan menaruh perhatian.


Kata kunci utama ialah Peraturan dan Saya Bertanggungjawab.


Ciri-Ciri Diri Saya:

Saya perlu mengikut peraturan dan menghormati pihak berkuasa.

Sangat bertanggungjawab.

Saya taat, boleh diharap dan sentiasa bersedia.

Saya tahu apa yang baik dan buruk dalam kehidupan.

Saya seorang peneliti dan bersifat wajar.

Saya menghormati masa.

Mahu dianggap sebagai seorang yang berguna.

Selain setia, saya juga stabil, ada peraturan dan sistematik.

Saya menghargai hidup berkeluarga, tradisi dan rumah tangga.

Selalu mengambil tahu tentang sesuatu.

Memberi perhatian, bersifat konkrit.

Bersifat keibubapaan.

Secara semula jadi, saya suka mengekalkan atau memelihara sesuatu adat resam.

Saya adalah seorang yang suka menolong.


Ciri-Ciri Saya Di Tempat Kerja:

Saya menjaga kestabilan dan menyusun atur atau mengorganisasikan tempat kerja.

Berkebolehan untuk mengendalikan urusan yang perlu perincian.

Sanggup bekerja keras membuatkan saya selalu dianggap sebagai tulang belakang organisasi.

Saya percaya bahawa kita mesti bekerja dahulu barulah bermain, walaupun terpaksa bekerja lebih masa untuk menyelesaikan kerja itu.

Kerja mengikut peraturan, bekerjasama dan mengikut kebiasaan.


Ciri-Ciri Saya Semasa Kanak-Kanak:

Saya sentiasa mahu mengikut undang-undang dan peraturan sekolah.

Saya memahami dan menghormati pihak berkuasa.

Saya rasa selesa dengan rutin pelajaran.

Saya rasa dapat menyesuaikan diri dengan mudah dalam sistem sekolah.


Personaliti Emas dikatakan bersikap keibubapaan, mengikut adat resam, bertanggungjawb, praktis, waras fikiran, boleh dipercayai, setia, tradisional, konservatif, hidup bersistem, berperaturan dan menaruh perhatian.



PERSONALITI HIJAU

Ciri-Ciri Umum:

Cenderung dan cekap dalam pelbagai lapangan, cenderung mereka cipta, cekap dalam menjalankan tugas dengan sempurna, bersifat ingin mengetahui, memahami konsep, berpengetahuan luas, berdasarkan teori, bijak dan mahir, panjang akal, kompleks, tenang dan sabar, berfalsafah, berprinsip, dan berasaskan logik.


Kata kunci utama ialah Mempunyai Perasaan Ingin Tahu Yang Tinggi.


Ciri-Ciri Diri Saya:

Saya cenderung dan cekap dalam pelbagai lapangan.

Saya cenderung untuk mereka cipta sesuatu yang baru.

Cekap dan berkebolehan menjalankan tugas dengan sempurna.

Bersifat ingin mengetahui, berminat tentang konsep, gagasan, tanggapan dan idea.

Mempunyai pengetahuan yang luas berdasarkan teori, inventif, bijak, mahir dan panjang akal

Mempunyai sikap yang tenang dan sabar, berprinsip dan jujur.

Mempunyai falsafah dan memerlukan penjelasan dan jawapan.

Saya mempunyai ciri-ciri analitikal, investigatif dan hipotetikal.


Ciri-Ciri Saya Di Tempat Kerja:

Saya seorang pemikir konsep yang bebas.

Bagi saya kerja itu adalah suatu permainan.

Sering menghadapi cabaran tugas dengan tenang.

Suka mereka cipta model, meneroka idea, atau membina sistem bagi memenuhi keinginan untuk menonjolkan pembaharuan.

Apabila saya telah menyempurnakan sesuatu idea, saya suka beralih ke projek lain dan membiarkan orang lain menjaga dan mengendali projek yang lama.


Ciri-Ciri Saya Semasa Kanak-Kanak:

Saya seperti lebih tua dari umur saya dari segi pemikiran.

Fokus saya ialah kepada perkara yang paling saya minati, iaitu mendapat pencapaian yang tinggi dalam subjek yang merangsang mental saya.

Saya tidak sabar dengan kaedah latih-tubi, atau rutin. Saya mungkin menyoal guru atau orang lain.

Saya fikir adalah perlu untuk menghormati guru sebelum saya boleh belajar daripada mereka.


Personaliti Hijau pula cenderung dan cekap dalam pelbagai lapangan cenderung mereka cipta, cekap dalam menjalankan tugas dengan sempurna, bersifat ingin tahu, memahami konsep, berpengetahuan luas, berdasarkan teori, bijak dan mahir, panjang akal, kompleks, tenang dan sabar, berfalsafah, berprinsip dan berasaskan logik.



PERSONALITI BIRU

Ciri-Ciri Umum:

Bersifat tulen, perhubungan mesra, mengasihani, bersimpati, unik, berkebolehan mengalami perasaan dan fikiran orang lain, penyayang dan setia, mesra, berseni, orang yang memberi inspirasi, riang, gembira, penuh kasih sayang, bersemangat dan mempunyai perasaan simpati.


Kata kunci utama ialah Romantis serta Sukakan Keharmonian.


Ciri-Ciri Diri Saya:

Saya mahu merasa unik dan seorang yang tulen.

Saya seorang yang mudah bersimpati, berperibadi, dan selalu mencari makna dalam kehidupan.

Saya inginkan perhubungan yang mesra dan mengasihani.

Ada kebolehan untuk menyelami perasaan dan pemikiran orang lain.

Bersedia dan sanggup memberi penjelasan untuk memberikan penerangan.

Mesra, taat, menyayangi dan baik hati.

Mudah terasa dan lemah lembut.

Saya suka berkarya dan memberi ilham.

Saya romantis, bersemangat, gembira dan imaginatif.

Saya seorang yang puitis.

Saya seorang yang suka membelai dan membantu orang lain.

Saya seorang individu romantis yang semula jadi.


Ciri-Ciri Saya Di Tempat Kerja:

Saya mempunyai dorongan yang kuat untuk mempengaruhi orang lain supaya mereka menikmati hidup yang lebih bermakna.

Selalunya saya bekerja dalam bidang seni, komunikasi, pendidikan, dan profesion menolong orang lain.

Saya mahir dalam memberi motivasi dan berinteraksi dengan orang lain.


Ciri-Ciri Saya Semasa Kanak-Kanak:

Saya sangat imaginatif.

Agak sukar menyesuaikan diri dalam sistem dan struktur sekolah.

Saya mahukan pengiktirafan.

Tidak sukakan perbalahan atau penolakan dalam diri saya.

Saya sukakan galakan dan bukannya persaingan.

Saya tidak suka dibanding-bandingkan dengan orang lain.


Personaliti Biru melambangkan individu yang bersifat tulen, mesra, mengasihani, bersimpati, unik, berkebolehan mengalami perasaan dan fikiran orang lain, penyayang, setia, mesra, berseni, orang yang memberi inspirasi, riang, gembira, penuh kasih sayang, bersemangat dan mempunyai perasaan simpati.



PERSONALITI JINGGA

Ciri-Ciri Umum:

Saya seorang yang cergas, pandai menggunakan kesempatan, bersifat spontan, suka kepada pertandingan, tergopoh-gapah tetapi bersemangat, realistik, tidak dipengaruhi oleh sentiment, berfikiran terbuka, gemar pengalaman luar biasa yang berbahaya tetapi menyeronokkan, berani, tabah, bertindak atas desakan fikiran, suka keseronokan, gurau senda, tidak takut dan berkemahiran.


Kata kunci utama ialah Suka Mengembara atau Adventurous.


Ciri-Ciri Diri Saya:

Bertindak secara spontan, suka berjenaka, pandai dan menawan.

Menganggap hidup sebagai satu permainan.

Cergas, giat dan pandai menggunakan kesempatan yang ada.

Sukakan keseronokan dan sesuatu yang memberangsangkan.

Sukakan aktiviti yang bercorak persaingan.

Tabah menghadapi sesuatu dan tidak gentar.

Kadang kala mengambil tindakan yang tergopoh-gapah, tetapi bersemangat dan boleh menimbulkan kesan yang mendalam.

Seorang yang realistik, tidak dipengaruhi sentiment dan berfikiran terbuka.

Gemar kepada pengalaman yang luar biasa iaitu berbahaya tetapi menyeronokkan.


Ciri-Ciri Saya Di Tempat Kerja:

Sering bosan dan gelisah jika dapat kerja yang berstruktur, rigid dan mengikut rutin.

Berpuas hati dalam kerja yang memberikan kebebasan, dapat menggunakan koordinasi fizikal, dan alatan.

Saya seorang perfomer yang semula jadi.


Ciri-Ciri Saya Semasa Kanak-Kanak:

Saya rasa jika dibandingkan dengan pelajar lain, saya menghadapi kesulitan besar untuk menyesuaikan diri dengan rutin sekolah.

Saya belajar dengan membuat atau mengalami dan bukannya dengan membaca atau mendengar.

Dalam proses pembelajaran, saya perlukan penglibatan fizikal.

Dorongan yang kuat untuk saya ialah sifat suka bersaing dan inginkan kegembiraan atau keseronokan.


Personaliti Jingga menunjukkan individu yang cergas, pandai menggunakan kesempatan, bersifat spontan, suka kepada pertandingan, tergopoh-gapah tetapi bersemangat, realistik, tidak dipengaruhi oleh sentimen, berfikiran terbuka, gemar pengalaman luar biasa yang berbahaya tetapi menyeronokkan, berani, tabah, bertindak atas desakan fikiran, suka berseronokan, gurau senda, tidak takut serta berkemahiran. Kunci utama personaliti Jingga ialah suka mengembara.